Monday, March 5, 2012

Falsafah Semut...


Yazmin merasakan dirinya ringan dan melayang berada dipuncak gunung dan di atas lapisan awan yang memutih bak kapas.

Tenang tapi sunyi...

Yazmin menghela nafas.
Ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya malam ini.

Yazmin merenung buku nota Biologinya tanpa perasaan. Entah mengapa malam ini dia tidak dapat fokus untuk belajar atau membuat persediaan untuk kelas pada keesokkan harinya seperti selalu. Segala urat sarafnya dirasakan berselirat seperti kasa dawai pencuci pinggan makcik kantin. Yazmin memandang seekor semut sedang meniti di jeriji tingkap biliknya. Dia tersenyum hambar sambil memandang pergerakan semut itu dengan asyik.

Akhirnya semut itu memanjat pula white board di depan meja studynya.
Kelihatan ia meniti pula di sekitar thumb tack dan berjalan dari satu nota ke satu nota yang penuh ditampal Yazmin.

Tiba-tiba mata Yazmin terpandang sesuatu yang ditampalnya beberapa bulan lalu.

"Ants never quit. That's a good philosophy. If they're headed somewhere and you try to stop them, they'll look for another way. They'll climb over, they'll climb under, they'll climb around. They keep looking for another way. What a neat philosophy, to never quit looking for a way to get where you're supposed to go..."

Bibir Yazmin mula mengukir senyum.
Matanya beralih pula pada nota kedua yang ditampat di bawah kata-kata tadi.

"ants think winter all summer. That's an important perspective. You can't be so naive as to think summer will last forever. So ants gather their winter food in the middle of summer. "

Yazmin terus menungkat dagu memerhati dan mengulang baca nota itu berulang kali.

"An ancient story says, "Don't build your house on the sand in the summer." Why do we need that advice? Because it is important to think ahead. In the summer, you've got to think storm. You've got to think rocks as you enjoy the sand and sun"

Otaknya cuba mencerna setiap baris ayat yang tercatat.
Akhirnya Yazmin bertemu apa yang dia mahu.
Celepok dicapai dari atas katil dan dipeluk erat.
Corrie dikeluarkan dari laci.
Pen parker dicapai dan helaian berkenaan diselak.
Mata pen laju berlari.
Segala yang terbuku di hati diluahkan melalu mata pena.
Yazmin puas..

.

Thursday, September 29, 2011

Kembara Yazmin...

"Assalamua'laikum, Yazmin,"

"Wa'alaikumussalam. Hai Nan..."

"Awak dah dapat date?"

"Belum. Awak?"

"Dah." jawab Nani ringkas.

"Bila?"

"4 Oktober."

"Saya punya maybe lambat sikit kot. Sebab urusan visa abang belum settle."

"InsyaAllah, kita doakan segalanya dipermudahkan..."

Seminggu kemudian...

"Nannnnnnnnnnnnn.." tiba-tiba Yazmin seperti kena kejar dengan anak anjing chi hua hua..

"Kenapa ni?" Dahi Nani berkerut seribu mendengar jeritan sahabat baiknya itu.

"Saya dah dapat date..."

"When?"

"Guess when?"

"Don't tell me 4th october..."

"Yessss... 4th october.."

"Syukur alhamdulillah..."

"Saya lapor diri jam 4.00 pagi."

"Woo.. means awak terbang dulu lah.. Saya lapor diri malam..."

"Ok, tak apa. Kita jumpa kat sana nanti ya..."

"Ok.. insyaAllah.."

"Bila balik?"

"19 november. Then dijangka tiba di airport Alor Setar on 21 November."

"Means kita balik hari yang sama..."

"Seronoknyaaaaaaaa.... nanti kita tawaf wada' sama-sama yer.."

"Ok! kita nangis sama-sama..." ketawa gembira dari dua orang sahabat baik bergema...

"OK, nak siapkan keja sebelum berangkat. huhu.. kasut belum beli..."

"Tak apa, sempat lagi nak beli...CD Tamattu' dah tengok belum?" Nani sekadar bertanya sambil tersenyum.

Yazmin tersenyum sendiri mengingatkan CD yang dihadiahkan oleh sahabat baiknya itu minggu lepas yang masih kemas berbalut plastik, "Belum...hehehe..."

"I asked Helmi, adakah kita akan bawa laptop pergi sana?" sambung Nani sambil ketawa kecil...

"Hehehehe..."

"OK, take care then.."

"Same to you too.."

"Assalamua'laikum.."

"Wa'alaikumussalam..."

Nota: Semoga kembara rohani seorang hamba bernama Hazila Yazmin bersama ibu, ayah, abang dan dua orang sahabat baiknya Nani dan Helmi dikurniakan keberkatan, kerahmatan dan diterima sebagai tetamu Allah yang ISTIMEWA dan mendapat haji yang MABRUR...

Amin ya Rahman
Amin ya Rahim
Amin ya rabbal alamin...

Monday, September 19, 2011

Sisters are different flowers from the same garden...

video

Sisters are different flowers from the same garden...

"We're not sisters by birth, but we knew from the start, we're put together to be sisters by heart..."

~Yaya, Nani, Raject, Yazmin~


Selepas 8 tahun bergelar mahasiswa, kini Yazmin, Yaya, Nani dan Raject masing-masing sudah bergelar wanita berkerjaya.

Yaya, kini bergelar penasihat undang-undang di salah sebuah hospital swasta terkemuka di Kuala Lumpur.

Nani, pegawai ekonomi di Petronas. Oleh kerana pejabatnya di tower 1, menara berkembar petronas, jadi katanya lokasi kedai-kedai di KLCC tu Nani sudah hafal. Hehe..

Raject pula bergelar Pegawai Tadbir Diplomatik dan kini sedang menyambung pelajaran di peringkat sarjana.

Yazmin?

Walaupun dia pernah ditawarkan jawatan Assistant General Manager di sebuah firma kejuruteraan terkemuka di ibu kota, tetapi dia hanya mampu bertahan 2 bulan saja di situ. Kemudian, dia lebih senang memilih untuk bergelar ustazah di salah sebuah jabatan kerajaan.
Akhirnya Yazmin menunaikan juga impian ibunya untuk melihat anak bongsunya bergelar ustazah, walaupun dia bukanlah ustazah yang mengajar di sekolah, tetapi Yazmin tetap bercita-cita akan menjadi pendidik yang baik kepada anak-anaknya nanti.

Suatu petang yang hening...
Yazmin termangu sendiri di tepi tingkap.
Aktiviti kegemarannya sejak kecil hinggalah kini sudah bergelar seorang wanita.
Laptop comel di atas meja dipandang sepi.
Hatinya masih berkira-kira sama ada mahu emel atau tidak.

Tiba-tiba "I Believe" nyanyian Irfan Makki berlagu riang melalui corong telefon bimbitnya.
Yazmin tersenyum riang apabila dilihatnya nama "Nanidearie" tertera pada skrin...

"Assalamua'laikum, hai Nan..." Yazmin tersenyum sendiri sambil sebelah tangannya laju memasukkan ID dan password gmail.

"Wa'alaikumussalam. Awak buat apa?" tanya Nani ringkas. Namun, Yazmin dapat merasakan ada nada gembira dalam suara Nani.

"Hmmm... tengah berangan." Yazmin tersengeh lagi.

"Tak habis-habis berangan." Nani ketawa kecil. Faham benar dengan perangai sahabat baiknya yang memang sangat kuat berangan sejak kecil hingga kini.

"Yazmin, saya ada satu berita nak beritahu," tiba-tiba nada suara Nani bertukar serious.

"Berita gembira atau sedih?" Yazmin seperti biasa akan membuat tapisan awal supaya dia bersedia dengan emosi dan reaksi yang bakal diberikan selepas mendengar sebarang berita.

"Berita gembira," Nani sudah tersenyum lebar di hujung sana.

"Apa? apa?" Yazmin mula teruja.

"InsyaAllah, tahun ini saya akan ke tanah suci." lafaz Nani senafas.

"Nannnnnnnnnnnnnn..." tiba-tiba Yazmin menjerit sambil melompat sendirian di dalam biliknya.

"Eh, bawa bertenang. pecah gegendang telinga saya..." seloroh Nani.

"Saya sebenarnya nak beritahu berita yang sama pada awak." Yazmin pula tersengeh bak kerang terkena toksin.

"Yazminnnnnnnnnnnnnnn..." kini giliran Nani pula menaikkan nada suaranya beberapa oktaf.

"Eh, bawa bertenang. Pecah gegendang telinga saya nanti.." Yazmin dan Nani sama-sama ketawa gembira.

"Awak dah beritahu Yaya and Ject?" tanya Yazmin.

"Belum lagi. Awak?"

"Saya baru on lappy nak emel semua orang. Tapi sebab awak dah bagitahu dulu, so consider awak the first one yang tahu lah. Tapi nanti saya akan emelkan pada semua orang jugalah..." seperti biasa, Yazmin amat menjaga hati sahabat-sahabat baiknya. Dia sentiasa menyantuni mereka sebaik mungkin agar tidak ada seorang pun yang akan berkecil hati.

"Nanti kita kursus sama-sama ya..."

"OK, set! banyak benda nak kena belajar ni.."

"Ya, kita sama-sama belajar jadi muslimah sejati, anak yang baik, isteri yang solehah, ibu yang mithali dan hamba Allah yang taat," Nani mula buat checklist.

"Hmm.. insyaAllah. Muslimah sejati, anak yang baik, hamba Allah yang taat insyaAllah boleh dicapai dalam masa terdekat. Tapi isteri yang solehah dan ibu yang mithali tu, tak tahu bila saya boleh capai..." Yazmin seperti biasa, hanya dengan Nani dan Yaya saja dia boleh bercakap secara telus sebegitu. Kalau dengan orang lain, confirm ayat itu tidak sekali-kali dikeluarkan.

"InsyaAllah, nanti kita doa banyak-banyak kat tanah suci, ya. Mana tahu, kot jumpa masa kat sana ke?" Nani yang sudah berumahtangga dengan Helmi dan dikurniakan seorang cahaya mata yang comel sentiasa memberikan kata-kata semangat pada Yazmin walaupun Yazmin memang seorang yang positif setiap masa.

"Amin..." Yazmin tersenyum sendiri.

"OKaylah Nan... saya nak start emel pada Yaya and Ject and for sure you sekali.." Yazmin menyengetkan kepalanya untuk mengepit telefon pada telinga.

"Okay, take care.."

"Same to you too.."

"Assalamua'laikum..."

"Wa'alaikumussalam..."

Sunday, September 18, 2011

Amalan Harian...

Ketika dalam proses pembersihan file C dan D dalam lappy kesayangannya, tiba-tiba Yazmin terjumpa Jadual Amalan Harian ini.

"Oh! rindunya pada jadual-jadual sebegini." Yazmin menatap satu persatu amalan hariannya ketika bergelar pelajar.

Semua jadual ini telah banyak mencorakkan hidup Yazmin yang penuh dengan warna-warna kebahagiaan dan ketenangan suatu ketika dahulu ketika Yazmin melalui proses 'tumbesaran'.

Benarlah kata-kata, "Didikan dan persekitaran banyak mencorakkan kehidupan dan peribadi seseorang individu..."

Ada kisah di sebalik Mutaba'ah Yaumiyyah tahun 2000 ini...

Ia akan dikongsikan dalam kisah Yazmin di Universiti yang akan berada di pasaran awal tahun 2012. Insya-Allah. :-)

Nota:
Mutaba'ah amal ialah satu tingkatan amal yang berjadual. Misalnya, kita letak sasaran untuk solat berjemaah sekurang-kurangnya 3 daripada 5 waktu dan solat awal waktu sekurang-kurangnya 4 daripada 5 waktu. 'Target' ini diletak bagi meningkatkan amalan dari semasa ke semasa. Selain itu ia juga boleh jadi reminder untuk kita sentiasa kekal istiqamah dengan amalan-amalan sunat yang kita amalkan. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Selamat beramal!!!...

Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri...


Selamat Hari Raya semua!..
Rayakan aidilfitri dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan.
Moga kita tergolong dalam golongan insan yang dikasihi dan dirahmati-Nya.

Thursday, July 28, 2011

Make Me Strong

Yazmin down lagi.
Umpama dihempap steamroll.
Terpenyek. Terlenyek.
Hari ini dia perlu cari suntikan semangat
untuk kembali menjadi bidadari besi, serikandi yang diimpi.

video

I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

Words: Sami Yusuf
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf

Tuesday, July 26, 2011

I Just Wanna Spend My Life With You...

video

Petang yang mendamaikan...
Hujan renyai-renyai,
Seperti biasa,
Yazmin akan termangu di tepi jendela...
Mendengar lagu,
Sambil memerhati titisan hujan yang indah,
Bak mutiara yang berguguran dari langit...

**Yazmin dalam mode berangan**

Monday, July 11, 2011

Yazmin Demam...

video


"Life is a school. We learn not in the school but in life..."

Yazmin memandang sayu tulisan yang tertampal pada notice board di meja bacaannya.

Kepalanya terasa berat 18kg.

Hidung berair.

Bersin tidak berhenti-henti.

Badan terasa lemah.

Yazmin cuba memujuk dirinya sendiri. "Inilah hikmah demam. Apabila demam, segala anggota badan turut merasa kesakitannya." Pada saat begini dia mula rindukan layanan ibunya. Tetapi, kini dia perlu berdikari sendiri. Perlu cekal dan tabah. Ibu jauh beratus kilometer.

“Yazmin kuat. Yazmin gagah. Yazmin gigih.” Yazmin mengulangi ayat-ayat positif supaya dapat membantunya meneruskan hidup sendirian tanpa sesiapa sekurang-kurangnya untuk dua hari.

Yazmin menggantikan tuala basah yang melekat pada dahinya sejak malam tadi dengan fever cooler pula. Senang sikit dia mahu bangun. Fever cooler ada gam yang boleh terus melekat pada dahinya apabila dia bangun berjalan.

Teman sebilik semuanya pulang ke rumah pada hujung minggu ini.

Semalam Yaya mengajaknya pulang ke Sri Hartamas, tetapi dia memberi alasan mahu menyiapkan assignment yang menimbun.

Tetapi apa yang terjadi?

Akhirnya dia berselimut di atas katil tidak ke mana-mana.

Dia tahu, kalau dia beritahu Yaya, sudah tentu Yaya akan segera menjemputnya dengan ambulan bulan sabit merah. Tetapi dia tidak mahu menyusahkan sesiapapun. Dia lebih rela menanggung sakit seorang diri daripada menyusahkan orang lain.

Itulah Yazmin.

Yazmin tahu dia tidak boleh terus melayan perasaan lemah badannya itu.

Dia perlu kuat.

Assignment belum siap.

Empat hari lagi tarikh akhir dan hari presentation.

Dia mesti gagah untuk siapkan segalanya.

Yazmin perlahan-lahan turun dari katil menuju ke bilik air untuk berwudhu, walaupun kakinya juga terasa seperti ada besi keluli pada tulang betisnya. Berat hendak melangkah.

"Ya Allah, berikan daku kekuatan..." lirih hati Yazmin sendirian.

Yazmin memasang MP3. Frekuensi 91.5 dicari.

"Rahsia di sebalik demam," Yazmin tersenyum dalam kekelatan mendengar kata-kata ustaz yang keluar dari corong MP3nya.

"Macam tahu-tahu jer ustaz ni," Yazmin menarik kerusi di meja bacaannya. Fever cooler masih melekat di dahinya.

"Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam, namun apakah hakikat penyakit demam itu sebenarnya dari sudut agama dan apakah pula hikmahnya?" Suara ustaz dalam radio itu kedengaran tenggelam timbul, tetapi masih jelas kedengaran di gegendang telinga Yazmin dan koklea masih mampu menghantar bunyi itu ke otak untuk diproses dan seterusnya ditafsirkan.

Bersambung... [Tukang tulis cerita juga demam]. :-)




Credit image: www.animekida.com

Saturday, June 25, 2011

The Fruit of Honesty...

Seperti biasa, petang hari minggu Yazmin akan dihabiskan bersendirian jika tidak ada program persatuan-persatuan yang disertainya. Ketika teman-teman lain sibuk bersuka ria dan membeli belah di pusat-pusat membeli belah, Yazmin lebih suka bersendirian menulis di bilik ataupun bersendirian di sebalik rak-rak buku di Kinokuniya ataupun MPH.

Petang ini hujan gerimis dan cuaca mendung serta dingin. Yazmin sangat suka suasana begini. Dia akan menghabiskan masa sendirian di biliknya berteman minuman kegemarannya, jus epal dan buah kurma madu.

Yazmin mula melayari beberapa laman web yang menjadi sumber santapan mindanya. Petang ini dia perlukan suntikan motivasi bagi memulihkan semangatnya yang semakin lemah. Umpama batery energizer yang kehabisan tenaga.

http://www.inspirationalstories.com dilayari.

The Fruit of Honesty...

Once there was an emperor in the Far East who was growing old and knew it was coming time to choose his successor. Instead of choosing one of his assistants or one of his own children, he decided to do something different.

He called all the young people in the kingdom together one day. He said, “It has come time for me to step down and to choose the next emperor. I have decided to choose one of you.” The kids were shocked! But the emperor continued. “I am going to give each one of you a seed today. One seed. It is a very special seed. I want you to go home, plant the seed, water it and come back here one year from today with what you have grown from this one seed. I will then judge the plants that you bring to me, and the one I choose will be the next emperor of the kingdom!”

There was one boy named Ling who was there that day and he, like the others, received a seed. He went home and excitedly told his mother the whole story. She helped him get a pot and some planting soil, and he planted the seed and watered it carefully. Every day he would water it and watch to see if it had grown.

After about three weeks, some of the other youths began to talk about their seeds and the plants that were beginning to grow. Ling kept going home and checking his seed, but nothing ever grew. Three weeks, four weeks, five weeks went by. Still nothing.

By now others were talking about their plants but Ling didn’t have a plant, and he felt like a failure. Six months went by, still nothing in Ling’s pot. He just knew he had killed his seed. Everyone else had trees and tall plants, but he had nothing. Ling didn’t say anything to his friends, however. He just kept waiting for his seed to grow.

A year finally went by and all the youths of the kingdom brought their plants to the emperor for inspection. Ling told his mother that he wasn’t going to take an empty pot. But she encouraged him to go, and to take his pot, and to be honest about what happened. Ling felt sick to his stomach, but he knew his mother was right. He took his empty pot to the palace.

When Ling arrived, he was amazed at the variety of plants grown by all the other youths. They were beautiful, in all shapes and sizes. Ling put his empty pot on the floor and many of the other kinds laughed at him. A few felt sorry for him and just said, “Hey nice try.”

When the emperor arrived, he surveyed the room and greeted the young people. Ling just tried to hide in the back. “My, what great plants, trees and flowers you have grown,” said the emperor. “Today, one of you will be appointed the next emperor!”

All of a sudden, the emperor spotted Ling at the back of the room with his empty pot. He ordered his guards to bring him to the front. Ling was terrified. “The emperor knows I’m a failure! Maybe he will have me killed!”

When Ling got to the front, the Emperor asked his name. “My name is Ling,” he replied. All the kids were laughing and making fun of him. The emperor asked everyone to quiet down. He looked at Ling, and then announced to the crowd, “Behold your new emperor! His name is Ling!” Ling couldn’t believe it. Ling couldn’t even grow his seed. How could he be the new emperor?

Then the emperor said, “One year ago today, I gave everyone here a seed. I told you to take the seed, plant it, water it, and bring it back to me today. But I gave you all boiled seeds which would not grow. All of you, except Ling, have brought me trees and plants and flowers. When you found that the seed would not grown, you substituted another seed for the one I gave you. Ling was the only one with the courage and honesty to bring me a pot with my seed in it. Therefore, he is the one who will be the new emperor!”

"Wow! betapa besarnya hikmah memiliki sifat jujur dan ikhlas." Yazmin memandang langit yang mendung. Semendung hatinya. Jus epal dihirup tenang. Buah kurma dicapai.

Yazmin menongkat dagu di tepi tingkap. Segala saraf pada serebrum dan cerebral cortex yang membungkus seluruh otaknya terasa bergerak laju. "Mulut selalu cakap kita ikhlas apabila memberikan dan melakukan sesuatu. Tetapi sebenarnya, keikhlasan itu bukan aktiviti mulut. Maka, sebanyak mana sekalipun kita mengatakan kita ikhlas, tetapi jika hati kita tidak ikhlas, ia tetap tidak memberikan apa-apa erti pun di sisi Allah."

"Tapi, bagaimana kita mahu wujudkan rasa ikhlas dalam hati?" Hati Yazmin terus bersoal jawab.

Yazmin mengurut dahi yang sudah mula berkerut seribu memikirkan persoalan kritikal yang dia sendiri cipta. "Hati kita perlu kekal utuh dan luruskan niat kita kerana Allah dalam setiap amal yang kita laksanakan dan perkataan yang kita lafazkan. Baru ikhlas boleh hadir dan bertapak dalam hati. Kan Allah sudah pesan dalam surah al-An'am ayat 162 dan 163 itu, 'Katakanlah: sesungguhnya s0latku, ibadahku, hidupku, dan matiku adalah karena Allah Tuhan semesta alam, tidak ada sekutu baginya dan dengan itulah aku diperintahkan.' Memang benarlah kata kakak Naqibah dalam usrah minggu lepas, ikhlas adalah kunci hidup. Ya, kunci yang ada mangga besar dalam hidup kita." Yazmin tersenyum sendiri dengan segala teori rekaannya. Semangatnya kembali pulih 20 peratus. Dia perlu mengadu dengan-Nya pada malam ini. Mohon diberikan kekuatan semangat bagi meneruskan hari-harinya yang penuh dengan dugaan dan cabaran sebagai seorang penuntut ilmu.

Sunday, May 29, 2011

Tidak Percaya...

Empat hari yang amat bermakna dan menyeronokkan.



Mengapa?




Al-kisah....




Zaman kanak-kanak Yazmin penuh dengan dunia angan-angan. Antara angan-angannya yang paling lama melekat dalam dirinya adalah angan-angan menjadi DJ radio dan pelakon. Boleh dikatakan semua filem yang dia tonton pada zaman kanak-kanak dahulu skripnya memang dihafal mengalahkan pelakon filem itu sendiri (Kerana dia hafal skrip semua watak dalam filem itu). Antara skrip yang paling 'cemerlang' dia hafal adalah skrip filem Mira Edora, hinggakan skrip Acappan si driver Mira pun dia ingat. Boleh buat suara Acappan yang ala-ala keluar ikut hidung itu. Hahaha... kronik betullah Yazmin itu.




Benarlah, Allah itu memang Maha Mendengar lagi Maha Pengasih. Selepas berpuluh tahun angan-angan itu berlalu, pada tanggal 23 Mei hingga 26 Mei 2011 Dia ‘tunaikan’ angan-angan Yazmin itu di alam nyata apabila Yazmin diarahkan oleh bosnya untuk menghadiri kursus Personaliti M*dia R*dio. Tetapi, memandangkan dengan status Yazmin sekarang sebagai 'ustazah', sifat malu untuk berlakon lebih-lebih makin menebal. Lakonan dan penghayatannya sudah tidak ‘sehebat’ zaman kanak-kanaknya dahulu.




Namun, dia tetap gembira walaupun hanya untuk beberapa minit sahaja dia berlakon. Hasil lakonan itu dirakamkan kerana para peserta kursus akan dinilai oleh seorang yang pakar dan boleh digelar sifu dalam dunia broadcasting.




Ini juga merupakan satu penghargaan dan kenangan yang amat manis untuk Yazmin kenangkan kerana dia menerima komen yang amat positif dari sifu tersebut. Mujur dia tidak pengsan mendengar komen itu kerana dia sendiri masih tidak percaya dan belum betul-betul dapat terima hakikat apabila mendengar komen yang diberikan oleh sifu itu. (Seperti biasa, Yazmin masih memiliki sifat rendah diri yang menebal dan susah hendak yakin dengan diri sendiri).




Lebih meninggalkan kesan lagi, sifu itu merupakan ketua juri satu anugerah hiburan yang paling berprestij di Malaysia. Jadi, menurut kata sifu itu, “You should be proud of yourself kerana awak menerima pujian dari ketua juri anugerah yang paling berprestij di Malaysia. Saya juga sangat susah nak puji orang. Tetapi kalau saya puji, itu bermakna orang itu memang betul-betul layak menerima pujian tersebut. Tetapi, awak jangan pula tak mandi lepas ini.” Sifu menyelitkan kata-kata gurauan dihujung pujiannya untuk tidak membuatkan Yazmin terus ‘kembang’ [Walaupun hingga saat ini Yazmin masih tidak faham dengan selingan lawak dihujung ayat sifu itu. Hahaha..] dan disahut dengan gelak tawa dari rakan-rakan lain dalam kelas itu.




“Selepas ini, saya mahu buat kursus lanjutan untuk peserta yang sama. Saya mahu jumpa orang-orang ini juga dalam kursus lanjutan nanti. Saya mahu gilap anda semua...” pesanan sifu ketika mengakhiri sesi kursus itu membuatkan Yazmin kecut perut dan menelan air liur yang terasa pekat. Gulp! “Bersediakah dia untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini? Adakah Allah benar-benar mahu merealisasikan angan-angannya suatu ketika dahulu?” Gulp!!!!




“Terima kasih, sifu. Banyak ilmu yang saya timba dan Sifu benar-benar memberikan saya semangat untuk terus kekal menjadi seorang yang berfikir di luar kotak. Moga sifu akan sentiasa dirahmati-Nya...”



Masuk konti. Belajar mengenali semua alat yang digunakan dan fungsi setiap alat. Uwaaa..migrain juga nak mengingat segala istilah dan nama-nama semua alat dan fungsi yang semuanya main guna short form jer...





Kata sifu, “Catat apa yang saya komen sebagai panduan untuk awak pergi lebih jauh.” Jadi, Si Yazmin pun catat every single word yang sifu komen tentang dirinya. Hahaha... Akhirnyaaaa..inilah keputusan penilaian yang diberikan oleh ketua juri a.k.a sifu. Yazmin rasa macam nak pengsan juga dengar penilaian sifu itu (sebab rasa tak percaya jer ketua juri anugerah berprestij nak beri kredit 'setinggi' itu padanya)..hahaha...




Apa-apapun, TERIMA KASIH pada Tuan A kerana memberikan keyakinan dan kepercayaan pada Yazmin untuk lebih meyakinkan dirinya sendiri tentang kebolehan yang ada dalam dirinya tetapi dia masih takut mahu mengakui dan menerima kelebihan itu...

Akhirnyaaaaaaaa... Yazmin dianugerahkan sijil.. :-)

Saturday, May 21, 2011

Baked Potato

Hari ini Yazmin pulang ke rumah. Dapatlah dia makan sarapan kegemarannya.

Baked Potatoes!!




Tadaaaaaaaaaaa........

~Sebelum~


~Selepas~




Selamat berhujung minggu kawan-kawan!



(",)

Wednesday, May 18, 2011

Inspirational...

video

Hujan gerimis di luar tingkap. Seperti biasa, kala begini Yazmin akan termangu sendiri di lokasi kegemarannya itu. Tepi tingkap.


Baru seminggu Yazmin menjejakkan kaki sebagai mahasiswa tahun pertama di bumi UIAM ini. Taaruf week baru berakhir semalam. Segalanya serba baru dan amat berbeza walaupun dia merupakan bekas pelajar matrikulasi UIAM, tetapi dunia matrikulasi dan dunia main campus adalah dua dunia yang amat berbeza.


Kelas belum bermula. Semua pelajar baru mula sibuk memilih subjek dan majoring yang sesuai dengan keputusan dan minat masing-masing. Tetapi Yazmin seperti hilang semangat untuk meneruskan pengajiannya. Apa yang dia minat tidak diizinkan. Mahu ambil medic memang sudah tidak ada harapan. Buku Biologi kesayangannya yang 'berdiri' tegak di atas rak dipandang sayu. Mahu ambil jurusan undang-undang, sudah kena ceramah dengan abang hingga berasap telinga. Antara ayat abang yang masih terngiang-ngiang ditelinganya, “Daripada hafal akta lebih baik hafal Quran. Betulkan niat untuk belajar di universiti bukan semata-mata untuk mendapat kerja yang bagus. Tetapi belajar untuk menuntut ilmu. Tinggi ilmu maka tinggilah rezeki. Jadi, tugas pertama adik sekarang hanyalah tanam niat mahu menuntut ilmu sebanyak mungkin. Soal kerja usah difikirkan langsung. Belajar sampai dapat Master baru fikir mahu kerja apa.”


Yazmin memejamkan mata cuba mahu menghilangkan fasa pertama ceramah abang dua minggu sebelum dia berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Sebagai anak bongsu dan satu-satunya ahli keluarga yang belajar dalam aliran agama, Yazmin memikul harapan yang tinggi menggunung daripada ibu, abang, dan kakak-kakaknya.


“Harapan ayah?” Tiba-tiba hati Yazmin cuba menguji sejauh mana kepekaan Yazmin sebagai anak.


“Entahlah. Yazmin tidak pernah tahu apa harapan ayah terhadap Yazmin. Jumpa ayah pun setahun sekali.” Hati Yazmin yang 'sebelah' lagi menjawab dengan sedih. Sekarang ayahnya masih lagi meneruskan tugas dan kerja-kerja yang Yazmin sendiri tidak pernah tahu apa dan bagaimana ayahnya bekerja di Algeria dan Arab Saudi.


“Sejak dilahirkan memang Yazmin tidak pernah tahu ayah sayangkan Yazmin atau tidak, kerana Yazmin tidak pernah sekalipun mendengar ayah sebut 'Ayah sayang Yazmin'.” Hati Yazmin yang 'sebelah' ini masih terus bermonolog sendiri.


“Tetapi mana ada ayah yang tidak sayangkan anaknya, Yazmin!” Marah hatinya yang 'sebelah' lagi.


“Itu Yazmin tahu. Tapi hakikatnya, Yazmin tidak pernah rasa pun kasih sayang itu daripada ayah.” Hatinya yang 'sebelah' lagi itu tetap degil mempertahankan pandangannya.


“Apabila ayah pulang bercuti dan membelikan Yazmin hadiah, ketika itu Yazmin suka atau tidak? Ketika ayah pergi London, ayah kirimkan poskad yang cantik-cantik. Yazmin suka atau tidak?” Yazmin tersenyum sendiri 'mendengar' kedua belah hatinya 'bertengkar'.


“Hmm..memanglah Yazmin gembira apabila ayah hantar poskad dari luar negara. Walaupun ayah hanya tulis 3 baris ayat. Ayah selalu tulis begini, 'Buat anakanda Yazmin yang dikasihi. Semoga sihat. Ayahanda sudah selamat tiba di London. Jangan main panas dan belajar rajin-rajin'.” Bibir Yazmin makin lebar mengukir senyuman apabila mengingatkan pesanan ayahnya dalam poskad yang dikirimkan ketika ayahnya berada di luar negara. Adakah patut pesan jangan main panas. Macamlah dia budak-budak kecil yang suka berjemur macam anak orang putih itu.


Yazmin kembali memandang skrin komputer ribanya. Laman facebook dilayari. Sekadar ingin membaca kata-kata hikmah yang ditulis pada wall kawan-kawannya untuk mencari semangat.


Tiba-tiba matanya tertancap pada video yang melekat pada wall facebook Kak Ira. Butang play ditekan. Sebuah video yang amat bermakna. Semangat terasa berkobar-kobar apabila menonton video itu.


“Terima kasih Kak Ira. Terima kasih sangat-sangat.” Walaupun Kak Ira memang tidak akan dapat dengar ucapan terima kasihnya itu, tetapi Yazmin mengucapkannya seolah-olah Kak Ira berada di depan matanya.


Tetikus dilarikan ke sekeping gambar anak Kak Ira yang sangat cerdik dan comel, Balqis yang sedang berdiskusi pelajaran dalam bahasa France bersama rakannya. Sememangnya Balqis memang boleh dikategorikan sebagai TCK (Third Culture Kid atau trans-culture kid) kerana dia membesar di luar negara dan bergaul dengan pelbagai budaya masyarakat sejak dilahirkan. Mungkin dia lebih banyak mengenali budaya masyarakat luar daripada budaya di negara kelahiran ayah dan ibunya. Kak Ira yang menetap di Auckland memang sentiasa memberi sumber inspirasi dan semangat kepadanya walaupun hanya melalui laman facebook.


“Yazmin, jom makan.” Tiba-tiba Herney mengejutkannya. Seperti biasa, pada waktu petang begini itulah ayah keramat yang akan keluar dari mulut Herney sejak dari pusat matrikulasi dahulu. Mujur Yazmin masih dapat sebilik dengan rakan-rakan ketika di matrikulasi dahulu. Lisa, Azira, dan Herney.


“Terima kasih ya Allah,” Yazmin sempat mengucapkan syukur sebelum menutup skrin komputer ribanya.

Friday, May 6, 2011

kuroneko no tango



Happy Children Day! in Japan...

[Kak Leyla told me, Kuro-neko means black cat and dango is a kind of chewy dessert made from chewy rice flour. Children in Japan love this dango but many old people die accidentally eating it]...

The Sun

I believe in the sun even when it isn't shining.

I can still feel the warmth even the sky is dark.

Even after all this time, the sun never says to the earth, "You owe Me."

Look what happens with a love like that, it lights the Whole Sky.





Clown-Walk myLRyu & ozX.Mario 2Way

Sunday, May 1, 2011

SPA...

Hari ini cuti. Yazmin mengikuti kakak-kakaknya melakukan aktiviti kewanitaan. Hari ini Rokiah dan Norhayati merancang untuk memanjakan diri di SPA. Yazmin yang tidak mahu ketinggalan merasai suasana di SPA turut sama mengekori kakak-kakaknya. Walaupun itu bukanlah aktiviti yang dia gemari... tetapi apa salahnya mencuba dan lagipun percuma. Bila lagi mahu rasa pergi SPA secara percuma kerana Rokiah yang mengeluarkan belanja semuanya.

Yazmin hanya buat facial. Sementara menunggu kedua orang kakaknya yang membuat rawatan tambahan, dia sempat lagi membuat sesi fotografi dalam bilik SPA itu sambil minum teh halia yang dihidangkan. Berkerut dahi Yazmin mahu minum teh halia itu. Sementelahan dia memang tidak minum teh dan halia. Jadi, demi tidak mahu beautician itu berkecil hati dan dia tidak tahu hendak bagi alasan apa apabila ditanya mengapa dia tidak minum teh itu nanti, jadi dia hanya minum seteguk sahaja teh itu dan selebihnya disedekahkan kepada sinki yang berada dalam bilik itu. :-)

Yazmin pun hairan dengan kakak-kakaknya yang sibuk mahu mandi lulur, mandi susu, dan segala macam jenis mandi yang dia sendiri tidak dapat bayangkan bagaimana cara mandinya itu.

Yazmin keluar dari bilik dan berehat di ruang tamu SPA. Dia sekadar menghadiahkan senyuman kepada receptionist yang setia menunggu di kaunter SPA itu. Yazmin mengambil tempat di sofa empuk yang disediakan sambil menikmati keindahan pancutan air dan ikan kap yang berenang tenang di situ. Buku How High Can A Kangaroo Hop? tulisan Jackie French dikeluarkan dari beg sandangnya. Dia asyik melayan roos dan wallabies hingga tidak sedar satu jam berlalu.

"Jom..." sapa Norhayati apabila dilihatnya Yazmin seolah-olah tidak menyedari kehadirannya.

"Ha?" Yazmin terkejut melihat kakaknya sudah berdiri disebelahnya.

"Aik? Tak kan tak mahu balik kot?" Rokiah sengaja mengusik sambil tersenyum dengan Norhayati. Dia dan Norhayati berlalu tanpa menunggu Yazmin yang terkocoh-kocoh mengemas buku-bukunya ke dalam beg.

Yazmin mengekori kedua kakaknya dengan buku Jackie French masih di tangan.

Monday, April 25, 2011

Reminder...

Esok Yazmin akan mengikuti kursus selama tiga hari di Terengganu. Hari ini dia menghabiskan masa membaca dan menyemak beberapa laman web kegemarannya. Ini Yazmin salin daripada laman sosial Productive Muslim untuk peringatan sendiri dan sesiapa sahaja yang membacanya.

Build Three Factories In Your Life

ICE FACTORY
in brain

SUGAR FACTORY
......in tounge

LOVE FACTORY
in heart

Then your life will be
SATIS-FACTORY :)




Credit image: SeniKehidupan

Sunday, April 17, 2011

Buku Nota...

Yazmin sambung bercerita lagi pasal buku nota. Beratus sudah koleksi buku notanya. Tapi dia hanya mengabadikan beberapa buah sahaja di sini.


Orang selalu keliru apabila melihat Yazmin memegang buku ini. Orang selalu fikir ini adalah novel. Tetapi sebenarnya buku nota. Tak percaya?


Tadaaaaaaaaaaa... lihat! Recycle paper lagi. [Memang semua buku nota Yazmin diperbuat daripada kertas terpakai. :-)


Tapi buku nota ini Yazmin sudah guna. Sudah macam-macam perkara yang dia conteng. :-)


Ini pula Doris. Kesayangan Yazmin.



Doris ada pelbagai rupa. Boleh coretkan macam-macam perasaan di dalamnya. Tapi, Yazmin masih sayang mahu conteng apa-apa. Cuma tulis sikit-sikit saja. :-)



Sajak tak jadi yang Yazmin cuba tulis. Tapi lepas itu dia menyesal sebab sudah comotkan muka Doris dengan sajak tak jadinya itu. :-(




Haaa!!! Ini muka surat pertama Doris. Tapi ada pula makhluk Allah yang sudah tandatangan pada muka surat itu. Dia berangan buku dialah tu! Tak malu betul. Sign buku sendiri tak mahu! Ada hati nak sign pada buku Yazmin pula. Haishhh..:-)


Ini pula Friendship. Buku nota ini Yazmin beli di Bangkok. Sangat istimewa kerana disamping boleh tulis nota, ada juga mutiara kata dalam bahasa Inggeris dan bahasa Thai. Walaupun Yazmin tak faham bahasa Thai, tapi yang bahasa Inggeris itu Yazmin faham. Heheh...


Haaa!! ini pun lagi satu buku nota yang istimewa juga. Namanya Oportunity. Tak percaya? Sila lihat gambar di bawah ini.

Ha! Kan betul... Dia sendiri yang mengaku namanya Oportunity. Buku nota ini pun Yazmin beli di Bangkok beberapa tahun lalu juga.


Ada mutiara kata sama macam Friendship juga.


Ini Teddy The Darling Treasure. Sangat comel! Buku nota ini Yazmin beli di Alpha Angle Wangsa Maju. Comel, kan? Sayang nak tulis.. :-)


Ha! Ini lagi satu koleksi buku nota kesayangan Yazmin. (Banyak betul koleksi kesayangan). Ada banyak versi buku nota seperti ini. Ada pelbagai negara. Tak larat Yazmin nak letak semua.

Ini pula salah satu 3D sticky note yang Y*zmin masih simpan. Mahu tahu bagaimana rupanya?


Tadaaaaaaaaaaa...

:-)

Bric-a-Brac - Part II

Rajin pula Yazmin update blog minggu ini.

Ini semua gara-gara dia sedang stres sebab tidak lama lagi dia akan meninggalkan rumah dan melangkahkan kaki ke alam pengajian yang lebih mencabar. Cutinya semakin hari semakin susut. Dia cuba menghabiskan sisa-sisa cuti yang masih berbaki dengan pelbagai pengisian yang dirasakan perlu bagi memenuhi segala kehendak dan impian hatinya.

Hari ini sekali lagi dia ditinggalkan keseorangan. Seperti biasa, hari ahad adalah hari bekerja dan persekolahan bagi negeri Kedah. Disebabkan hanya dia seorang sahaja yang belum layak bekerja dan masih dalam percutian di rumah itu, jadi dia terpaksalah menerima hakikat yang dia akan keseorangan pada hari-hari begini.

Tetapi dia tidak kisah. Sudah biasa ditinggalkan keseorangan begini sejak kecil walaupun hakikatnya dia mempunyai empat orang kakak, seorang abang dan lapan orang anak saudara. Dia bahagia melalui detik-detik berseorangan dengan pelbagai aktiviti yang dapat menggembirakan hatinya. Antara aktiviti yang paling digemari adalah menyelongkar kotak khazanahnya yang diberi nama Bric-a-Brac.

Dalam kotak itu disimpannya pelbagai keratan akhbar yang menarik, buku nota, penanda buku, sticky note, colour, keychain, kotak-kotak kecil yang comel, cengkerang pelbagai saiz yang berusia lebih 15 tahun, name tag sekolah dan tag persatuan-persatuan dan kelab-kelab yang pernah disertainya dan sebagainya.

Tetapi, dalam banyak-banyak koleksinya itu, petang ini Yazmin rasa lebih berminat menyelongkar buku-buku nota yang masih belum digunakan dan sangat banyak itu. Mungkin ada yang sesuai di bawa untuk digunakan di universiti nanti.





Nota: Antara tanda-tanda Yazmin sedang mengalami stres: suka update blog!

Saturday, April 16, 2011

Blue or Pink?

Yazmin kelam kabut mencari jubah hitam kegemarannya. Ringkas dan kemas.

Dia membentangkan jubah hitam itu di atas katil.

Tudung?

"Alamak, mahu pakai tudung pink atau blue?" Yazmin menggaru dagu yang tidak gatal. Mata menjeling jam pada dinding. Dia cuma ada 20 minit lagi sebelum tiba jam 7.00 malam. Tepat jam 7.00 malam nanti tentu ibu akan muncul depan pintu ataupun hon kereta akan berbunyi di depan pagar.

"Tudung pink?" Yazmin memadankan tudung turki berwarna merah jambu pada jubah hitamnya.

"Hmmmm... sepatutnya saya pakai tudung hitam yang ada corak sikit-sikit. Tapi tudung hitam itu masih belum kering. Takkan nak iron bagi kering pula. Nanti berasap satu rumah." Kening Yazmin berkerut seribu mengenangkan tudung hitam yang selalu dipadankan dengan jubah ini masih basah di ampaian.

"Hmmm.. tudung blue black?" Yazmin masih belum dapat membuat keputusan dengan tepat tudung mana satu yang mahu dipakainya.

Risau pula jika pilihannya tidak tepat. Nanti percuma saja dia dibebel oleh ibunya dek kerana memakai tudung tidak sepadan. Kalau ikutkan hati Yazmin, dia boleh 'belasah' saja pakai tudung apa pun. Tapi nanti kesian pula telinga kena dengar bebelan dari perunding imejnya.

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk pakai tudung blue black saja atas kapasiti majlis cukur jambul yang bakal dihadiri nanti adalah untuk baby boy.

"Jadi, tudung blue black lebih sesuai compared to pink colour." Yazmin tersenyum riang kerana dapat membuat keputusan lengkap dengan alasan sekali sekiranya ibu bertanya mengapa dia pakai tudung blue black dengan jubah hitam. hehehe...

Tepat jam 7.00 malam, ibu muncul di depan rumah.

"Yazmin sudah siap." Yazmin memberitahu ibunya laksana kadet melaporkan diri di hadapan kapten.

"Okay, sekejap. Ibu mahu ambil telekung. Kamu sudah bawa telekung?" Ibu yang baru tiba dari kelas mengaji terus menghilang ke dalam bilik.

"Sudah. Semua sudah ada." Yazmin tersenyum manis. Sementelahan majlis cukur jambul cucu Datuk Mufti nanti akan dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, kemudian ada majlis tazkirah daripada Datuk Mufti, kemudian solat Isyak berjemaah. Usai solat Isyak berjemaah baru majlis akan bermula.

Yazmin bertolak ke rumah Datuk Mufti bersama ibunya dengan hati yang penuh bahagia.

Bric-a-Brac

Menyelongkar segala koleksi dan khazanah di dalam kotak Bric-a-Brac merupakan salah satu aktiviti kegemarannya pada waktu lapang.

Petang ini sementara menunggu ibunya pulang dan mengambilnya untuk ke rumah Datuk Mufti untuk majlis cukur jambul Rifqi, sekali lagi Yazmin mengulangi aktiviti kegemarannya itu.

Ketika mengulangi aktiviti itu, dia terjumpa penanda buku kesayangannya yang berusia lebih 10 tahun masih tersimpan elok di dalam kotak itu.

Disebabkan hobinya yang sangat suka mengumpul itu, semua benda yang boleh dikumpul akan dijadikan koleksi. Antara yang paling digemarinya adalah penanda buku dan juga buku nota. Sudah berkotak-kotak koleksi buku notanya pelbagai jenis dan rupa. Dia sekadar beli dan simpan dalam kotak sebagai koleksi. Bukan untuk digunakan. Sayang katanya. Haishhh... Macam-macam.

Dahulu Rokiah pernah naik angin gara-gara Yazmin menghabiskan duit untuk membeli buku nota yang mahal harganya semata-mata untuk dijadikan koleksi. Mahunya tidak marah, Yazmin menghabiskan duit belanjanya untuk membeli buku nota itu kemudian disimpannya di dalam kotak sahaja. hmmm... membazir.

Kini penanda buku itu diletakkan di dalam buku kegemarannya [Little Woman] yang juga sudah berusia puluhan tahun bagi menggantikan rantai penanda buku asal yang sudah hilang entah ke mana...

Yazmin menjeling jam pada skrin komputer ribanya.


"Alamak! sudah 18.18pm. Belum iron jubah. Nanti jam 7.00pm ibu pulang. Ayoyo!!!" Yazmin mula kelam kabut. Kotak yang sudah disepahnya tidak sempat hendak dikemas semula. Jam 7.00pm dia perlu menghadiri majlis cukur jambul cucu Datuk Mufti. Ibunya dari kelas mengaji akan menjemputnya di rumah dan terus ke rumah Datuk. Ibunya selalu menepati masa dan tidak suka orang yang melengahkan waktu. Habislah Yazmin. Sudah lambat. Tudung yang matching dengan jubah hitam mula digeledah.

Friday, April 15, 2011

Siapa Dia?

Blog ini hanya sekadar diari seorang gadis. Tidak lebih dari itu. Semestinya apabila namanya diari, sudah tentu ia akan diisi dengan apa sahaja yang ingin dicatatkan. Namun, sejak kebelakangan ini kelihatan ada 'seseorang' yang cuba mengambil alih blog ini dan menjadikan ia sebagai hak peribadinya. Mungkin apabila tiba masanya Yazmin akan mengunci sahaja blog ini dan hanya boleh dilihat dan ditulis oleh dirinya.

Thursday, April 14, 2011

Kelapangan

Yazmin sangat banyak kerja sekarang.

Ya Allah,

Yazmin mohon dikurniakan kelapangan yang lapang selapang-lapangnya bagi memudahkannya menyiapkan penulisan buku yang tertangguh sejak beberapa bulan yang lalu.

Saturday, March 12, 2011

Kasihan Pada Hati...

Pagi Sabtu yang damai dan tenang. Tingkap di kuak. Lagsir di selak. Yazmin memulakan pagi Sabtunya dengan perasaan yang bercampur baur. Sejak malam tadi dia termangu sendirian di hadapan komputer ribanya. Segala perancangan yang diatur hancur berkecai.

Perancangan apa?

Perancangan mahu lipat baju dan kemas buku-buku. Hahaha.. [Tentu awak sudah berteka teki dia buat perancangan besar, bukan?].

Hari ini sekali lagi dia memasukkan aktiviti kemas rumah ke dalam jadualnya. Tetapi kini sudah jam 9.47am dia masih lagi termangu di hadapan komputer ribanya. Ini semua gara-gara mimpi malam tadi dan juga satu kata-kata yang 'mengguris' hatinya. Hatinya sedikit tercalar disebabkan kata-kata itu.

"Haishhhh... orang yang bercakap itu bukannya kenal awak pun." hati Yazmin mula memainkan peranan sebagai kaunselor peribadinya.

"Apa yang dia cakap itu, belum tentu ditujukan kepada awak. Dia cakap secara rawak sahaja..." Hati terus bersemangat memujuknya.

"Tapi instinct saya kuat mengatakan..." Kata-kata Yazmin mati disitu. Dia tidak bersemangat mahu menyambung kata-kata yang dia sendiri sudah tahu, jawapan yang bakal diberikan oleh hatinya.

"Awak jangan gunakan instinct awak itu bagi tujuan untuk menyeksa diri sendiri. Cuba lawan instinct itu dengan rasionaliti yang lebih kukuh dan positif. Sia-sia saja sekiranya awak gunakan kelebihan kekuatan instinct awak itu untuk mendera hati awak sendiri..." bibirnya terukir senyuman manis. Dia kagum dengan Hati yang sentiasa berjaya menjadi kaunselor terhebat untuknya.

"Saya harap gurisan itu tidak berbekas dan dapat hilang dengan segera..." Yazmin berdoa.

"Yazmin, kasihanlah pada hati awak sendiri." Sambung Hati lagi...

Yazmin mencapai Coure. "Saya sedang mencuba..."

Hati masih belum berputus asa. "Saya fikir, semua perasaan yang muncul itu disebabkan sudah berminggu-minggu awak tinggalkan salawat. Sebab itu masuk minggu ketiga ini hati awak sudah tidak keruan dek kerana terlalu rindukan salawat itu."

"Betullah awak. Bagaimana saya boleh terlupa tentang itu..." Yazmin memejamkan matanya. Titisan mutiara jernih mula menitis membasahi pipi mengenangkan kekhilafan diri.

"Cepat baca!..." Tiba-tiba satu suara menerjah gegendang telinganya. Yazmin membuka mata dan memandang buku Salawat yang setia berada di tepi bantal atas katil.

"Terima kasih, Awak. Awak memang sentiasa B.E.S.A.R di hati saya..." Yazmin tersenyum sendiri. Buku salawat dicapai. Muka surat Salawat hari Sabtu di buka.

"Bismillahirrahmanirrahim... Allahumma salli ala Saiyidina Muhammad..."

*****

Selesai membaca 17 m/s Salawat Hari Sabtu, Yazmin mencium buku salawat itu sebelum meletakkannya semula di tepi bantal.

Tiba-tiba suara merdu Amr Mustofa menyanyikan lagu romantik arab Lamastak muncul dari telefon bimbitnya. Sekarang musim Yazmin asyik mahsyuk dengan lagu Arab. Jadi semua nada dering dan senarai dalam iTunes nya dipenuhi dengan lagu-lagu Arab. Senarai itu akan kekal sehingga satu ketika apabila dia bertemu dengan genre lagu baru yang dia lebih suka baru ia akan bertukar. Tidak mustahil jika bulan depan list lagu-lagunya akan bertukar kepada lagu-lagu Inggeris pula. Tapi hanya Rokiah sahaja yang benar-benar faham dan dapat mengesan perangai Yazmin yang selalu betukar-tukar obsesi ini. Apabila Yazmin bercerita tentang sesuatu perkara, Rokiah hanya akan tersenyum dan tidak terkejut jika beberapa bulan selepas itu Yazmin akan bercerita dengannya tentang perkara lain pula dan sudah melupakan perkara yang dia obsess sebelumnya. Seperti suatu ketika dahulu Yazmin sangat obsess dengan buku-buku karya Hlovate. Setiap hari ada sahaja cerita tentang buku Hlovate yang Yazmin update pada Rokiah. Tetapi selepas beberapa bulan, Rokiah hanya tersenyum apabila Yazmin mula menyintai dan obsess dengan buku lain dan sudah lupa dengan buku-buku Hlovate yang digilainya itu. "Aik? Hlovate sudah tidak minatkah?" Rokiah hanya akan pura-pura terkejut apabila Yazmin bercerita dengannya tentang buku lain pula. Pada ketika itu Yazmin hanya akan mencebik dan Rokiah akan ketawa terbahak-bahak dengan gelagat adik bongsunya yang tidak pernah kekal meminati sesuatu. Tetapi, hanya ada beberapa perkara sahaja yang betul-betul kekal sebagai perkara yang diminatinya. Suka mengumpul buku dan suka pada benda-benda klasik! Lukisan klasik, cawan klasik, pinggan klasik, baju klasik, buku klasik. Boleh dikatakan semua benda klasiklah. Kecuali filem. Yazmin lebih gemar filem penyiasatan dan science fiction. Patutlah dahulu Yazmin pernah bercita-cita mahu kerja di arkib negara atau muzium negara. Hahaha...

Yazmin tersenyum bak kerang terkena toksin melihat nama yang muncul pada skrin telefon bimbitnya.

"Assalamua'laikum..." Yazmin memberi salam dengan nada manja sambil senyuman masih terukir di bibir.

"Wa'alaikumussalam... Hai Yazmin." Suara di hujung sana menjawab.

"Hai Nan..."

"Buat apa?"

"Tengah update blog."

"Awalnya update blog hari ini?" Nani sengaja pura-pura terkejut.

"Hehehe..." Tiada jawapan yang sesuai untuk menjawab soalan Nani itu.

"Tengah hari ini buat apa?" Tanya Nani dengan penuh kasih sayang.

"Ingat nak pergi library. Kenapa? Ada plan lainkah?" Yazmin dapat menghidu maksud soalan Nani.

"Kak Nini ajak awak datang rumah makan tengah hari ini."

"Ha?" Yazmin dengan nada terkejut.

"Baca tak reply komen Kak Nini dalam FB?" Sambung Nani selepas mendengar jawapan Yazmin yang terkejut dengan pernyataannya itu.

"A'ah. Baca. Tapi ingatkan Kak Nini main-main. hehehe..." Jawab Yazmin jujur.

"Kak Nini seriouslah. Kebetulan hari ini Kak Nini buat makan-makan kat rumah sempena meraikan Afnan and Amira dapat straight A's dalam SPM..."

"Wow! great... patutlah semalam tengok Kak Nini buat tayangan masakan kat wall FB pukul 1.00 pagi."

"Kak Nini distress." sambung Nani sambil tergelak kecil mengenangkan kakaknya yang bersemangat mahu masak kek tengah-tengah malam semalam.

"Seronoknya Kak Nini dapat release dengan masak kek." Yazmin memang sentiasa kagum dengan Kak Nini yang boleh dikategorikan sebagai bionic woman itu. Seorang pensyarah yang murah dengan senyuman manis dan penuh kasih sayang yang sentiasa cekap dalam segala hal.

"Kan? Seronok kan? I always wish..."

"Me too! Always wish, but never achieve..."

Tawa meledak dari dua trakea...

"Rasa macam ambil masa untuk masak itu lebih lama daripada masa untuk makan. Jadi lebih baik beli saja..." Sambung Nani dalam tawa yang masih berbaki.

"Betul! betul! Saya setuju!.."

Sekali lagi tawa meledak.

"Majlis start pagi. Tapi if awak nak datang just for lunch pun ok jer." Sambung Nani.

"Okay! I'll confirm later kay.." Yazmin membelek buku catatan hariannya.

"Okay, no problem dear..."

"Thanx, Nan...

"No sweet. Bye."

"Bye..."

Senyuman terukir puas di bibirnya. Itulah berkat membaca salawat. Dengan sekelip mata Allah kurniakan kegembiraan pada hatinya.

"Terima kasih ya Allah..."






Credit photo: www.google.com.my

Friday, March 11, 2011

I'm Waiting...


I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow

You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

Words: Sami Yusuf

Wednesday, March 9, 2011

Hari ini emosi Yazmin terganggu. Fikirannya melayang entah ke mana. Dia tidak dapat memberikan fokus sepenuhnya kepada sebarang kerja selepas berita itu diterima. Sepatutnya dia gembira. Tetapi, ada perkara lain yang membuatkan dia tidak tahu sama ada mahu gembira atau sedih atau risau atau apa... yang dia tahu hanyalah confuse!

Minggu lepas dia mendapat tawaran untuk mengikuti kursus Bahasa Arab di Mesir.

Hari ini pula dia diberi tawaran untuk mengikuti kursus interfaith and psychology di London.

Dalam masa yang sama, dia juga masih memegang janji dan tawaran ayahnya yang berniat mahu membawanya menunaikan haji pada tahun ini.

Yazmin berkira-kira sendiri...

"Sekiranya saya menerima tawaran ke Mesir, saya akan bertolak pada bulan April dan berada di Mesir sehingga bulan Ogos. Persiapan untuk menunaikan haji akan terganggu... huhu.." hatinya meraung...

Yazmin termangu di hadapan pc. Matanya memandang skrin yang sedang memaparkan artikel yang dibacanya sejak tadi tetapi satu pun tidak dapat dicerna dengan baik. - Wordsworth and Coleridge: Emotion, Imagination and Complexity.

"Sekiranya saya menerima tawaran ke London pula, saya akan bertolak ke sana pada bulan Jun dan berada hingga di sana hingga bulan September. Lagi tak sempat nak buat persiapan... uwaaa..." Yazmin terus berperang dengan hati sendiri.

"betullah kata Nana, makin kita dewasa we always torn between opportunity and desire/dream. something that we can't change or avoid but to face and get through it..." Yazmin makin keliru. Hanya Allah yang tahu betapa hatinya kini meronta-ronta mohon petunjuk dari-Nya.

Yazmin melarikan tetikusnya ke butang start. Picasa album dicari. Satu gambar dijumpai. Dia mula mengedit dan menulis sesuatu pada gambar itu untuk menenangkan hatinya sendiri walaupun keputusan tetap masih kabur....


"Ya Allah Yang Maha Pemberi... tunjukkanlah saya jalan yang lurus. Jalan yang Engkau beri nikmat dan Engkau redhai. Bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat..."

Wednesday, March 2, 2011

Tip Eratkan ukhuwwah...

Yazmin membelek buku nota kesayangan pemberian ayahanda tercinta. Apa lagi yang boleh dilakukan petang-petang begini melainkan memerap dalam bilik sambil mengadap tingkap dan hanyut bersama buku-buku.

Sementelahan, ibunya ada kelas mengaji, kakak-kakak dan anak saudaranya pula semua tidak ada di rumah. Masing-masing ada aktiviti tersendiri. Dia kembali kesunyian di dalam bilik ditemani buku-bukunya. Dia tidak kisah ditinggalkan sendirian di rumah kerana dia banyak aktiviti yang boleh dilakukan sendirian. Tidak pernah ada istilah boring dalam kamus hidupnya.

Jika tidak menggunting keratan akhbar yang menarik, dia akan mengeluarkan kotak Bric-a-Brac nya dan mula menggeledah segala khazanah yang tersimpan di dalam kotak itu.

Petang ini dia kembali mengulangi aktiviti kegemarannya itu. membelek segala khazanah yang tersimpan.

Tiba-tiba senyuman terukir di bibir tatkala dia melihat sekeping kad yang dihadiahkan oleh naqibahnya ketika program Tamrin di Bukit Cherakah tempoh hari.

*************************
Lima tip mengeratkan ukhuwwah:
1. Solat bersama [berjemaah]
2. Menuntut ilmu bersama

3. Makan bersama

4. Riadhah bersama

5. Musafir bersama
.

Sunday, February 27, 2011

Turtle Possessed ...

Yazmin leka menikmati french toast sambil menatap surat khabar dan sekali sekala melayan tasmanian devil yang sibuk menebuk lubang sana-sini.

"Uhuk..uhuk..uhuk..." Tiba-tiba bunyi esakan kecil dari pintu dapur. Yazmin terkejut.

"Bila pula tazmanian devil pandai menangis ini?" Detik hati Yazmin sambil menoleh kiri dan kanan mencari pemilik esakan itu.

Kelihatan Faiz berdiri di muka pintu dapur sambil mendukung Mr. T (turtle) kesayangannya.

"Alorhhh... kenapa sayang?" Yazmin melipat surat khabar di tangan.

"uhuk..uhuk..uhuk.." Faiz tidak menjawab tetapi masih terus mengesak.

"Come. Come." Panggil Yazmin dengan manja.

Faiz berjalan ke arah Yazmin sambil memeluk erat Mr. T nya.

"Faiz nak anggur?" Yazmin mengambil sebiji anggur dari dalam piringnya. Faiz diangkat ke atas riba.

"Uhuk..uhuk..uhuk..." Esakan Faiz masih berlagu. Tapi mulutnya tetap dinganga apabila buah anggur di hulurkan oleh Yazmin ke mulutnya.

"Haishh.. ini yang lemah ni. Tak fahamlah kalau cakap pakai bahasa esakan macam ni." hati Yazmin turut 'berperang'.

"Faiz nak susu?" Tanya Yazmin cuba mencari punca esakan.

Angguk.

"Okay, Faiz duduk sini. Aunty Yazmin buatkan susu ya." Yazmin mengalihkan Faiz yang berada di atas ribanya ke atas kerusi di sebelahnya. Dia bangun menuju ke rak pinggan mangkuk mencari botol susu Faiz.

Selepas 3 minit, Yazmin kembali dengan susu yang sudah siap dibancuh.

"Okay, Tadaaaaaaaaaa..." Yazmin tersengeh dengan gaya bugs bunny di depan faiz sambil menayangkan botol susu yang kelihatan sungguh sedap itu.

Faiz mencapai botol yang dihulurkan Yazmin. Dia turun dari kerusi dan terus berlalu keluar dari dapur menuju ke ruang hadapan rumah.

"Aik? Tak cakap terima kasih kat Aunty Yazmin pun?" Yazmin tak puas hati. Faiz terus berlalu tanpa menghiraukan apa yang di bebelkan oleh Aunty Yazminnya.

"Thank you!" Jerit Yazmin apabila melihat Faiz tetap meneruskan langkahnya ke luar dengan harapan jeritannya itu boleh dijadikan satu didikan untuk Faiz mengucapkan terima kasih setiap kali ada orang melakukan sesuatu kepadanya.

Selepas hampir satu jam Yazmin berkurung di dapur bersarapan+baca surat khabar+cuci pinggan+kemas meja makan, Yazmin keluar ke ruang hadapan.

"Gulp!" terbeliak biji mata Yazmin melihat segala kertas, mainan, bola kecil, bola besar berselerak seperti baru ditimpa earthquake di ruang hadapan rumah itu. Yazmin sudah dapat menghidu suspek utama yang menyebabkan kejadian earthquake itu. Tetapi matanya tidak nampak pula kelibat suspek itu.

Yazmin menjenguk ke belekang sofa.

Senyuman terukir.

kelihatan 'suspek' sudah terlentang dengan botol susu dan Mr. T dalam pelukan. Mungkin kepenatan selepas menyelesaikan segala operasi di ruang hadapan rumah itu.

"MasyaAllah, siapa mengamuk ini?" Kak Rokiah yang tiba-tiba muncul terkejut melihat keadaan di ruang hadapan rumah itu.

"Syyyy..." Yazmin meletakkan jari telunjuk ke bibir sambil melambai tangan ke arah kakaknya sebagai isyarat memanggil untuk melihat apa yang sedang dilihatnya.

"Apa?" Rokiah bertanya secara berbisik sambil menghampiri Yazmin yang sedang seperti menghendap sesuatu di balik sofa itu. Gerun juga melihat gelagat Yazmin itu.

Rokiah turut tersengih melihat makhluk yang sedang dilihat oleh Yazmin itu.

"Mr.T itu memang dah tak boleh berpisah dengan dia agaknya kan?" Yazmin membuat jangkaan mengenangkan Mr.T yang memang sentiasa melekat dengan anak saudaranya itu. Macam kembar siam.

"Mr.T tu dah possessed him. I think it tells him to do all the 'earthquake'" jawab Rokiah sambil melebarkan sengehannya.

"Heh?" Berkerut dahi Yazmin memandang kakaknya.

"And you know what..."

"What?" Tanya Yazmin confuse.

"He loves the turtle more than his sister." Jawab Rokiah sambil berlalu menuju ke biliknya.

"Hah?" Yazmin melopong apabila mendengar ayat terakhir kakaknya itu.

Kronik sudah tahap obsesi anak saudaranya dengan Mr.T ini.

hahahahha...

Saturday, February 26, 2011

nom nom nom...

Pagi Ahad muncul lagi. Yazmin menghitung hari yang dirasakan sangat cepat berlari. Dia cuba mengejar hari-hari yang telah berlalu, namun makin dikejar makin laju pula memecut. Yazmin menarik kakinya keluar dari comforter. Bersila di birai katil. Sebentar kemudian, kaki dihayun ke bilik air lemah.

Bau haruman kasturi yang dipasang oleh ibunya menusuk hidung. Yazmin sangat suka bau kasturi. Menenangkan. Lagipun, kasturi adalah bauan kesukaan Rasulullah SAW.

Selepas setengah jam, selesai bersiap, Yazmin melangkah keluar ke dapur. Rumah sunyi sepi. Semua orang sudah ada aktiviti sendiri pada pagi hujung minggu ini. 'Burung-burung' yang sentiasa berkicau pun senyap.

Mungkin sudah selamat ke kelas tuisyen agaknya. Yazmin mencapai remote TV yang terletak di sudut tepi peti ais di dapur itu. Mencari siaran yang menarik.

"Wow! french toast!" Yazmin tersenyum lebar melihat sarapan yang ditinggalkan oleh ibunya. Walaupun madu sudah selamat menyerap ke dalam roti, tapi Yazmin tetap bahagia kerana frenh toast yang ibu buat adalah yang terbaik dan paling sedap di dunia. [Sedangkan roti itu rasa sama saja dengan roti french toast di kedai]. muahahaha....

Yazmin menikmati french toast sambil menonton Tasmanian devil tersengih jahat di depannya sambil menjelirkan lidahnya yang panjang itu. Kemudian dia berlari dengan berputar seperti gerudi sambil merosakkan segala benda yang ditembusinya.

Yazmin menggigit anggur yang disusun di sebelah roti di dalam liring itu. Tiba-tiba bibir Yazmin mengukir senyum. Bukan senyum melihat gelagat tasmanian itu, tapi dia teringat kata-kata seorang temannya yang berbincang mengenai BMI di wall fb beberapa hari lepas.

Katanya "Orang cipta teori BMI itu kejam. BMI yang digunakan tidak real. Sebab berat yang dikira dalam BMI tidak dapat membezakan antara berat lemak dan otot. Walaupun otot kecil, tetapi ia lebih berat daripada lemak. Bermaksud, orang yang bagus BMI-nya tidak bermakna badannya sihat. Begitu juga sebaliknya. BMI adalah teori yang boleh buat orang yang berpenyakit lalai dengan penjagaan kesihatan dan orang yang sihat jatuh sakit kerananya. Can you smell what The Rock is cooking?"

Muahahahah... teori songsang rupanya yer yang kita ikut selama ini... hmmm....